Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 12, 2014

No Comment

APAKAH cara yang terbaik untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai produk kalis air terbaik yang mampu bertahan di dalam air untuk tempoh yang panjang?

Menurut Sony, anda perlu menyimpan produk tersebut di dalam botol yang dipenuhi air dan pasarkan produk anda di mesin vending.

Syarikat tersebut kemudiannya benar-benar merealisasikan idea tersebut apabila mereka mengambil keputusan untuk menjual produk mereka dengan cara yang agak unik ini.

Menurut iklan yang dipaparkan Sony, peranti Walkman terbaru ini amat sesuai untuk mereka yang lasak dan pihak Sony merasakan pusat-pusat gim merupakan tempat yang terbaik dan strategik meletakkan mesin vending produk mereka.

Dikenali sebagai “The Bottled Walkman”, kempen pasaran terbaru Sony ini membenarkan mereka untuk mencapai sasaran pasaran selain membekalkan produk unik ini kepada mereka secara menerus.

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment