Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa keselamatan Malaysia memperketatkan kawalan di sempadan negara berikutan siri pengeboman di selatan Thailand, awal malam ini yang mengakibat seorang rakyat Thailand maut manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera.

Menurut sumber polis, sehingga tengah malam tadi tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa serangan bom berkenaan.

Katanya, semua pintu sempadan di utara Semenanjung dan Kelantan telah ditutup dan pengawasan rapi sedang dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kawalan di pintu sempadan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran serangan itu. Pihak berkuasa juga bertindak menyekat sebarang pergerakan keluar masuk di Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Takbai, Narathiwat,”katanya.

Sumber itu berkata, pihak keselamatan Malaysia mendapat maklumat bahawa perintah berkurung telah dikuatkuasakan di beberapa tempat di pekan Golok.

Menurut BERNAMA yang memetik sumber tempatan, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi selain sebuah sekolah dan bengkel membaiki motosikal dibakar.

Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.

Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Than To.

Selain itu, kejadian tembak menembak serta membakar tayar dilaporkan berlaku di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.

Sumbe: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment