Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

SEOUL – Kebakaran di sebuah hospital pedalaman Korea Selatan untuk pesakit warga emas kronik menyebabkan 21 terbunuh manakala lapan cedera dalam kebakaran besar kedua minggu ini ketika negara itu masih meratapi mangsa bencana feri bulan lalu.

Kebakaran tengah malam di hospital di wilayah barat daya Jeolla itu dapat segera dipadam tetapi disebabkan kebanyakan mangsa berusia dan tidak mampu berjalan, bilangan kemalangan jiwa adalah tinggi.

Menurut seorang pegawai bomba tempatan, semua mangsa berada di tingkat kedua bangunan itu dan kebanyakkan mereka lemas akibat asap.

Hospital itu merawat pesakit yang memerlukan rawatan jangka panjang dengan kebanyakkan mereka mengalami kelumpuhan akibat serangan angin ahmar.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment