BEIJING – Sekurang-kurangnya 39 orang cedera dalam protes besar-besaran bagi membantah pembinaan sebuah pembakar bahan terbuang di timur China, lapor media tempatan.
Pertempuran yang meletus di bandar Hangzhou dekat wilayah Zhejiang, mengakibatkan 10 penunjuk perasaan dan 29 anggota polis cedera, lapor agensi berita Xinhua hari ini.
“Lebih 30 kenderaan terbalik manakala dua kereta peronda polis musnah terbakar apabila diserang penunjuk perasaan,” lapor Xinhua.
Sumber: AFP
0 comments:
Post a Comment