Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

ROMPIN – Akibat beroperasi tidak mengikut undang-undang, dua buah premis perniagaan diserbu polis dalam Ops Dadu dan Noda di Tanjung Gemok, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan pasukan D7 dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan di sebuah pusat karaoke, seramai 51 orang termasuk 20 wanita warga Vietnam ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bekerja sebagai GRO.

Turut ditahan empat wanita dan enam lelaki yang merupakan pekerja dan penjaga premis serta seorang remaja lelaki bawah umur.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 15 tahun hingga 47 tahun.

“Dalam ujian air kencing yang dijalankan 13 orang didapati positif yang terdiri daripada empat wanita Vietnam dan sembilan lelaki,” katanya.

Operasi tersebut turut disertai Pasukan Cantas Khas Wanita IPK Pahang atau lebih dikenali sebagai Blackrose.

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berjaya menumpaskan satu kegiatan judi internet yang berselindung di sebalik perniagaan cybercafe di sebuah rumah kedai dua tingkat berhampiran jeti pelancongan untuk ke Pulau Tioman. awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata, serbuan yang bermula jam 12.15 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan dua pegawai dan enam anggota.

“Dalam serbuan itu, seramai 26 orang berusia lingkungan 17 tahun hingga 55 tahun ditahan termasuk 24 individu tempatan termasuk seorang penjaga premis berkenaan, seorang warga Vietnam dan seorang warga Indonesia.

“Lapan remaja turut ditahan dan peralatan yang digunakan untuk judi internet iaitu sebanyak 18 buah komputer turut dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, seramai 12 orang daripada yang ditahan itu pula adalah nelayan yang bekerja di sekitar Tanjung Gemok.

“Ini merupakan serbuan kali pertama di premis terbabit.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment