Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

BAHAU – Seorang guru terkejut apabila jirannya tiba-tiba masuk ke rumahnya lalu menerpa dalam cubaan rogol di Taman Kasih Putera dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang, mangsa berusia 28 tahun baru selesai solat Zuhur sebelum terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa bergegas ke hadapan rumah dan dia dikejutkan dengan kehadiran jirannya.

“Suspek hanya berseluar pendek dan mengarahkan mangsa diam sebelum menolaknya.

“Mangsa yang ketakutan terus menendang suspek dan berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan,” katanya.

Suspek kemudian keluar dari rumah mangsa dan memaklumkan kepada jiran mangsa dia mahu menyelamatkan mangsa kononnya ada individu lain menceroboh rumah itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment