Penduduk menyelamatkan diri selepas bangunan dibedil di Aleppo. - Foto EPA |
BEIRUT - LUBNAN. Angka kematian meningkat di Aleppo selepas rejim Presiden Syria Bassar Al-Assad mengadakan serangan udara sejak kelmarin lalu.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, dalam tempoh 24 jam sekurang-kurangnya 40 kematian dicatatkan.
“Seramai 22 maut kelmarin di daerah timur Hay Qataneh, Tariq Al-Bab, Bustan Al-Qasr, Bani Zeid, Mghayer dan Lairamoun,” katanya.
Menurut laporan itu, pada Rabu lalu pula 21 kematian dicatatkan selepas satu tong bom barrel digugurkan di Mghayer.
“Sembilan kanak-kanak antara yang maut manakala puluhan yang lain cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kawasan terbabit,” menurut laporan itu lagi.
Difahamkan, laporan dipetik dari AFP, pertempuran antara Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan rejim semakin meningkat ketika negara itu sedang melakukan kempen pilihan raya yang dijadualkan berlangsung 3 Jun ini.
Sumber: Sinar Online
0 comments:
Post a Comment