Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

SEPANG – Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Dengkil di sini Jumaat lepas dan semalam kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan mencuri dan menjual mesin jengkaut di sekitar Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata turut dirampas ketika serbuan memberkas suspek yang berumur antara 17 hingga 47 tahun itu ialah enam buah jengkaut.

Bercakap dalam sidang media di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini, Mohd Yusoff berkata dalam serbuan pertama di sebuah stor di Kampung Semarang kira-kira 7.15 malam Jumaat lepas, empat lelaki termasuk dalang kumpulan tersebut yang berumur 37 tahun dan seorang warga asing ditahan.

“Dalam serbuan itu polis turut merampas tiga jengkaut jenis Kobelco yang jika dijual setiap satu bernilai kira-kira RM150,000,” katanya.

Siasatan mendapati dalang tersebut mempunyai lima rekod lampau antaranya samun, bunuh dan rogol, katanya.

Mohd Yusoff berkata dalam serbuan kedua kira-kira 11 malam semalam pula seorang lagi suspek berumur 17 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Seri Tanjung.

Turut ditemui tiga lagi jengkaut jenis Case yang setiap satu dijual secara terpakai bernilai antara RM80,000 hingga RM90,000, katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati modus operandi mereka ialah mencuri jengkaut tersebut dan menggunakan geran yang telah lupus dengan hanya menukar nombor casis.

“Kita percaya mereka pernah bekerja di bengkel memandangkaan kemahiran dalam memperbaiki dan mengecat jengkaut tersebut sebelum dijual secara terpakai,” katanya.

Jengkaut disewakan selagi tidak ada pembeli, kata beliau.

Mohd Yusoff berkata pihaknya percaya kumpulan tersebut telah lama melakukan kegiatan itu namun tempoh serta jumlah jengkaut yang telah dicuri masih dalam siasatan.

Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Jumaat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam curi kenderaan bermotor.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment