Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

DAKAR: Menteri Pertahanan Mali, Soumeylou Boubeye Maiga, berkata kira-kira 50 askar terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak di bandar Kidal di utara negara itu. 

“Malangnya, kita ada kira-kira 50 askar terbunuh dan 48 lagi cedera. Kita tidak tahu kemalangan jiwa di pihak sana tetapi kita tahu mereka juga mengalami kematian," katanya kepada badan penyiar ORTM.

Kumpulan bersenjata termasuk Gerakan Pemisah Untuk Pembebasan Azawad (MNLA) mengaibkan tentera Mali dalam pertempuran di kawasan gurun di utara negara itu di mana mereka menawan bandar Kidal. 

Maiga menafikan kawasan penempatan di Menaka turut jatuh ke tangan pemberontak tetapi mengakui pihak tentera "menduduki bersama" bandar itu.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment