Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 5, 2014

No Comment


AIRASIA akan menghubungkan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Cebu, Filipina, tiga kali semingggu mulai 24 Julai, 2014.
        
Syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, tempat duduk promosi itu akan boleh mula ditempah secara dalam talian dengan tambang asas serendah RM0 bagi penerbangan sehala bermula 5 Mei.
         
"Penerbangan terus itu sebelum ini dioperasikan oleh AirAsia Zest dan kini akan dioperasikan oleh beroperasi Malaysia AirAsia.
        
"Penerbangan terus tiga kali seminggu ini akan beroperasi setiap Selasa, Khamis dan Sabtu menjadikannya destinasi ketiga AirAsia ke Filipina dari Malaysia, selain Manila dan Kalibo (pintu masuk ke Pulau Boracay)," kata syarikat itu.
        
Promosi tempat duduk istimewa bermula daripada RM0 tambang asas dengan tambang termasuk semua bermula daripada RM80 sehala boleh didapati untuk tempahan di laman web AirAsia bermula dari 5-11 Mei bagi tempoh perjalanan dari 24 Julai 2014-30 April 2015.
        
Tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia melalui iPhone, peranti Android, Blackberry10 dab platform Windows.  - Bernama

0 comments:

Post a Comment