Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 5, 2014

No Comment

IPOH – Pemuda MCA Perak memperhebatkan kempen ‘Say No To Hudud Pas’ (Katakan Tidak Kepada Hudud Pas) dengan meminta sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghalang Pas melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Ketuanya, Ting Tai Fook bersama beberapa anggota parti itu, hari ini dilihat mengunjungi pejabat DAP dan PKR di Jalan Medan Istana di sini bagi mengedarkan borang serta mendapatkan tandatangan sokongan menjayakan kempen itu.

Usaha rombongan tersebut mendapatkan tandatangan di pejabat PKR bagaimanapun tidak berhasil apabila premis berkenaan ditutup.

Tai Fook dan rakan-rakannya kemudian mengunjungi pejabat DAP Perak yang terletak kira-kira 150 meter dari situ dan disambut oleh beberapa kakitangan parti tersebut.

Tidak ada pemimpin utama DAP berada di pejabat berkenaan dan borang tandatangan kempen tersebut diterima oleh seorang kakitangan parti itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam laman Twitter menyifatkan kempen tersebut membuktikan sikap hipokrasi MCA dalam isu hudud.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu “pertunjukan monyet”, Kor Ming meminta MCA supaya meminta UMNO supaya menghalang Pas daripada melaksanakan undang-undang berkenaan.

“Ketika UMNO menyokong hudud, Pemuda MCA mengadakan pertunjukan monyet mengemukakan (borang) tandatangan supaya DAP menghalangnya (hudud). Sangat hipokrit,” tulis Kor Ming.

Pas Kelantan bertekad untuk mengemukakan Rang Undang-Undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dilaksanakan.

Rancangan itu bagaimanapun dibantah keras sekutu Pas dalam pakatan pembangkang, malah DAP memberi kata dua kepada Pas supaya membatalkan langkah itu atau keluar daripada pakatan.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan bersedia untuk meneliti cadangan Pas itu manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya jawatankuasa khas di peringkat nasional ditubuhkan bagi meneliti aspek teknikal bagi pelaksanaan undang-undang tersebut.

Presiden MCA, Datul Liow Tiong Lai semalam meminta DAP dan PKR supaya memainkan peranan terlebih dahulu bagi menghalang Pas melaksanakan hukum hudud kerana mereka sebelum ini bekerjasama dengan parti tersebut pada pilihan raya umum lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula melihat hasrat Pas untuk melaksanakan undang-undang berkenaan adalah petanda bahawa pakatan pembangkang akan berpecah memandangkan pelaksaan hudud tidak pernah dipersetujui secara konsensus oleh gabungan itu. - New Malaysian Post

0 comments:

Post a Comment