UMUM mengetahui pelakon baru Amyra Rosli kini dilantik menjadi duta produk kecantikan AuraWhite selain Natasha Hudson bagi menggantikan Hanez Suraya.
Pasti ada yang tertanya-tanya, adakah pelantikan itu tidak akan menjejaskan jualan produk kecantikan dan kesihatan tersebut lantaran kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.
Amyra pernah dikaitkan dengan masalah disiplin di lokasi penggambaran sehingga ditegur oleh pelakon terkenal, Fasha Sandha.
Justeru, apakah kesudahan kontroversi itu?
Menerusi Sinar Harian, Amyra menjelaskan bahawa segalanya sudah diselesaikan dengan cara baik.
“Kontroversi itu timbul hanya disebabkan salah faham. Saya ada menghubungi kak Fasha dan dia seorang kakak yang baik. Saya hormati dia.
“Sebagai orang lama, saya rasa tak salah kalau dia menegur saya atau sesiapa pun yang menegur kesalahan saya. Pada saya, teguran itu sebagai antara adik dengan kakak. Saya pun tiada masalah kalau nanti ada peluang bekerja dengannya lagi dan hubungan kami baik,” ujarnya.
Baguslah kalau begitu sebab industri hiburan kita bukannya besar mana pun.
Bak kata orang, pusing-pusing, bertemu juga…
Oleh: Elza / Mynewshub
0 comments:
Post a Comment