Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili menahan seramai 66 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pengerang di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, pihaknya turut menahan seorang warga tempatan dalam kejadian tersebut.

“Semasa bot ronda APMM Maritim Malaysia melakukan rondaan keselamatan di perairan Pengerang, kami mengesan sebuah bot pancung jenis kayu berlegar-legar di perairan itu pada pukul 10.30 malam.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 67 penumpang termasuk tujuh wanita dan dua kanak-kanak berada dalam bot tersebut” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Amran berkata, kesemua yang ditahan berusia antara tujuh bulan hingga 56 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Punggai menuju ke perairan Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

“APMM Daerah Maritim Tanjung Sedili akan meneruskan rondaan dan pemantauan bagi menyekat kegiatan PATI daripada terus berleluasa bagi memastikan perairan negara selamat dan terkawal,” katanya.

0 comments:

Post a Comment