Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 6, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Bojan Hodak jelas tidak berpuas hati dengan standard pengadilan pada perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala FA menentang Pahang di Stadium Larkin, malam tadi.

Ekoran kekecewaannya dengan cara pengadil Mohd Zohri Tajuddin mengendalikan perlawanan itu, jurulatih dari Croatia itu enggan mengulas perlawanan itu yang berkesudahan seri 1-1.

“Saya tidak mahu beri sebarang kenyataan tentang perlawanan kerana jika saya mengulas, saya akan menyentuh tentang pengadil. Jika saya cakap tentang pengadil, saya akan didenda,” katanya yang bercakap dalam masa kurang satu minit semasa ditemu bual pemberita selepas perlawanan itu malam tadi.

Dengan keputusan seri di gelanggang lawan, hasil jaringan Matias Conti pada minit ke-36, Pahang mempunyai kelebihan apabila menentang JDT di laman sendiri di Stadium Darul Makmur  di Kuantan pada 30 Mei.

JDT yang memperoleh mata menerusi pemain import Luciano Figueroa dari Argentina pada minit ke-12 perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan di Kuantan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment