Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 6, 2014

No Comment

BANGKOK – Perdana Menteri kerajaan sementara Thailand Yingluck Shinawatra ialah seorang daripada empat orang yang dijadual memberi keterangan di Mahkamah Perlembagaan hari ini, dalam kes beliau didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Negara Thawil Pliensri pada 2011.

Beliau berdepan kemungkinan disingkirkan daripada jawatan jika disabitkan kesalahan.

Ketika Yingluck tiba di mahkamah kira-kira 10.30 pagi, keadaan keselamatan diperketatkan dengan anggota polis dan tentera pencegah rusuhan dikerah berkawal di kawasan sekitar mahkamah.

Penyokong beliau mengugut untuk bertindak jika beliau didapati bersalah dan disingkirkan daripada jawatan perdana menteri, manakala sebuah kumpulan antikerajaan yang berkumpul tidak jauh dari sini, turut merancang tindakan balas.

Kedua-dua kumpulan merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran minggu depan.

Kes yang dihadapi Yingluck itu adalah satu daripada dua ancaman dari segi undang-undang terhadap jawatan beliau sebagai perdana menteri sementara.

Satu lagi kes, yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Antirasuah Negara, adalah tuduhan mengabaikan tugas dalam mengendalikan skim subsidi beras apabila kerajaan kini berhutang dengan petani bayaran berbilion-bilion baht yang tertangguh sejak berbulan-bulan lamanya.

Sekiranya keputusan mahkamah membawa kepada penyingkiran Yingluck, ia menimbulkan kemungkinan pilihan raya umum yang dijadual diadakan pada 20 Julai ditangguhkan.

Pemimpin pembangkang Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva mencadangkan pilihan raya yang dirancang itu ditangguhkan enam bulan bagi membolehkan perubahan politik dan pilihan raya mengambil tempat.

Bagaimanapun parti pemerintah Pheu Thai Party yang diramal akan mengekalkan kuasa menolak cadangan itu.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment