Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

Seperti ramai sedia maklum, masyarakat Jepun kadangkala mempunyai kegilaan pada sesuatu yang pelik.

Terbaru, bontot hamster menjadi sesuatu yang mendapat perhatian ramai hinggakan gambar-gambar bahagian belakang makhluk comel ini diterbitkan dalam dua buku yang laris dijual.




Kegilaan ini dinamakan ‘hamuketsu’ – bahasa pasar untuk ‘bontot hamster’.

Buku pertama bertajuk Hamuketsu-So Cute You Could Faint yang diterbitkan Sekai Bunka Publishing pada April lalu telah terjual lebih 30,000 buah.


Sambutan hangat ini membawa kepada penerbitan buku kedua bertajuk Hamuketsu yang dilaporkan sudah pun terjual sekitar 15,000 buah.


“Bontot hamster jantan lebih menarik kerana ia besar dan bulat berbanding yang betina.

“Rata-rata pembaca menyatakan gambar objek bulat berbulu yang comel ini dapat membantu ‘menenangkan jiwa’ mereka apabila menatapnya,” ujar jurucakap syarikat penerbitan buku terbabit, Yukako Minani.

Sumber: Philly.com / Rem Ramzi / My News hub

0 comments:

Post a Comment