Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan oleh kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, pada hujung minggu ini semakin rancak berbanding sebelumnya.

Banyak program dianjurkan kedua-dua calon, berikutan lebih ramai pengundi bercuti dan kehadiran pengundi dari luar serta pengundi dari kawasan berdekatan seperti Lumut, Sitiawan dan Bidor.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa di Teluk Intan bagi menghadiri pelbagai program termasuk melepaskan peserta progam “Purple Walk” peringkat negeri Perak sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Selain itu, Muhyiddin juga akan melancarkan program pecah tanah Projek Lebuhraya Pantai Barat dan menghadiri program seminar Hayati Asas Kenegaraan dan program sepetang bersama masyarakat Nelayan di Kampung Batak Rabit, di sini sebelum, berlepas pulang ke ibu negara.

Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin tertinggi Umno turut berada di sini bagi berkempen membantu calon BN, iaitu Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid hari ini turut mempunyai program yang padat sehingga malam.

Bagi Mah programnya sejak begitu padat sejak semalam dengan program bertemu pelbagai lapisan masyarakat di Teluk Intan.

Hari ini beliau akan mengadakan pertemuan dengan para peniaga, nelayan, pasukan keselamatan sukarela serta menghadiri ceramah perdana di Batu 13, Ayer Hitam, Jalan Bidor.

Bagi Dyana Sofya pula, selain sering diapit pemimpin tertinggi DAP termasuk mentornya, penasihat parti Lim Kit Siang, kempennya hari ini turut disertai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar.

Semalam Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membantu berkempen untuknya.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal PRK Teluk Intan akan diadakan Selasa ini dan pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment