Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyarankan usahawan Bumiputera yang sedia ada supaya memohon sijil halal bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemilikan sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akan memberi jaminan tentang kualiti dan status bahan yang digunakan.

“Bumiputera harus memanfaatkan sijil halal sebagai nilai tambahan kepada produk keluaran syarikat bagi memasarkan produk di dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa,” kata pada majlis pelancaran produk berasaskan kecantikan oleh Havarline Diamond Sdn Bhd.

Menurutnya, masyarakat tempatan kini lebih berwaspada dalam pemilihan produk harian walaupun ia keluaran Bumiputera.

Di samping itu, beliau meminta usahawan Bumiputera agar memanfaatkan teknologi bagi memastikan bekalan produk mencukupi bagi menampung permintaan pasaran.

“Penggunaan teknologi dalam penghasilan produk dapat membantu usahawan Bumiputera terutamanya dari sektor kecil dan sederhana untuk bersaing dengan syarikat-syarikat dan pengusaha yang lain,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, Malaysia masih kekal sebagai pengeksport terbesar produk halal dunia dengan nilai eksport bernilai RM32.8 bilion meskipun jumlah itu hanya meliputi lima peratus daripada keseluruhan jumlah eksport negara tahun lalu.

Pada 2013, eksport negara meningkat 2.4 peratus atau RM17.17 bilion kepada RM719.81 bilion.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment