Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 2, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari mendakwa universiti-universiti awam di Malaysia tidak kompetitif jika dibandingkan dengan universiti negara Asia lain.

Beliau mendakwa, universiti Malaysia tidak kompetitif disebabkan kekurangan kebebasan akademik, campur tangan politik dan kualiti fakulti yang semakin menurun.

“Edisi terkini 100 Universiti Terkemuka Bawah 50 Tahun Times Higher Education (THE) telah dikeluarkan.

“Malangnya sekali lagi universiti Malaysia gagal membuat penampilan di peringkat global,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Zairil Khir mendakwa, universiti awam di Malaysia juga kekurangan autonomi dalam tadbir urus kerana pelantikan jawatan penting seperti Naib Canselor diputuskan di peringkat politik.

Selain itu, dakwanya, golongan pelajar masih dibelenggu oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghadkan kebebasan berpersatuan dan bersuara.

Dakwanya, kualiti pengajaran universiti tempatan juga semakin merosot dan ramai ahli akademik hebat meninggalkan universiti Malaysia untuk berkhidmat di negara lain. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment