Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

Media sosial sinonim dikaitkan dengan gejala tidak sihat. Namun sebenarnya jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan, impaknya amatlah besar.

Sebagai contoh apabila Maahad Tahfiz Al-Furqani memohon pertolongan untuk menjelaskan bil elektrik mereka yang banyak tertunggak, dalam masa singkat masalah ini diselesaikan.

Rumah tahfiz yang terletak di Kg Tengah, Puchong, Selangor ini memerlukan RM4,222 untuk menjelaskan bil tertunggak.

Dalam pos yang dibuat menggunakan akaun Facebook Darul Ulum Alfurqani 22 Mei lalu, pertolongan diminta kerana dikhuatiri jika bil tidak dijelaskan segera kanak-kanak di sana terpaksa menggunakan lilin.

Hasilnya ia mendapat lebih 3,027 perkongsian dan semakan oleh salah seorang pengguna Facebook mendedahkan masalah itu sudah selesai.


Daripada perincian butiran bil dapat dilihat ramai insan yang bermurah hati menyalurkan sumbangan termasuk serendah RM10 hinggakan bil kini sudah terlebih bayar.


Alhamdulillah, semoga usaha baik seperti ini terus mendapat perkongsian di media sosial bagi memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

0 comments:

Post a Comment