Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

Apabila hendak berdiet, mentaliti kebanyakan kita sering mengaitkannya dengan pengurangan jumlah nasi yang diambil dalam sehari. Hal ini kerana nasi antara makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks dan lambat dibakar.

Begitu pun walau anda sering melakukan senaman dan meninggalkan nasi, ia sebenarnya tidak menjamin berat badan ideal.

Mari kita lihat apa lagi fakta lain yang selama ini kita percaya boleh turunkan berat badan tapi sebenarnya tidak.

1. Sup

Masyarakat kita percaya makanan berasaskan sup baik untuk kesihatan serta mampu menurunkan berat badan.

“Ala, nama pun sup kan? Apalah yang ada dalam sup tu, sekadar air, small the pieces je lah…”

Hakikatnya bukan semua sup rendah kalorinya. Sup berasaskan binatang berkaki empat contohnya sup daging, sup kambing dan sup ekor mengandungi kalori tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini boleh memudaratkan kesihatan walaupun anda seorang yang kurus dan teringin nak naikkan berat badan.

2. Burger

“Jangan makan nasi, kalau makan nasi cepat gemuk. Tukar menu lain selain nasi untuk makan malam, macam burger ke. Tak pe, jangan risau, janji bukan nasi, gerenti awak tak gemuk punya!”

Tidak perlu melihat faktor lain, cukuplah dengan daging burger itu sahaja. Sekeping daging burger lembu mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Daging burger yang dimasak dengan mentega atau planta akan menambahkan lagi jumlah kolestrol di dalamnya. Belum dikira lagi campuran mayonis, sos, keju dan roti.

3. Yong Tau Foo

“Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, mesti boleh kurus punya. Makan something yang rebus-rebus macam Yong Tau Foo ke,ok lah tu kan…?”

Kalori yang tersembunyi di dalam Yong Tau Foo ini terletak pada kuahnya yang tinggi dengan kandungan gula dan mengandungi minyak. Ada yang suka ‘hirup’ kuah Yong Tau Foo. Nikmat sangat katanya.

4. Keropok (snek ringan)

” Alaa.. setakat satu pek besar Twisties tak ada apalah. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tengok TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan.”

Satu pek besar snek ringan ini mengandungi kira-kira 490kcal, hampir separuh daripada jumlah kalori yang kita kena ambil sehari. Jangan tidak tahu, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak. Satu pek besar Twisties mempunyai 20 gram lemak, jumlah itu sebenarnya lebih kurang sama dengan dua sudu besar minyak masak. Secara logiknya kalau anda memakan sebungkus besar pek Twisties ialah sama seperti menghirup dua sudu besar minyak masak.

5. Capati

“Kalau nak diet jugak time makan kat mamak, baik makan capati sebab capati kurang berminyak. Jangan makan roti canai, roti canai banyak minyak. Tak percaya? Cuba tengok kilau-kilau kat atas roti canai tu.”

Ramai tidak tahu capati merupakan ‘pembohongan’ paling berjaya yang dibuat oleh pemilik gerai mamak. Capati mempunyai kalori tersembunyi, sesetengahnya mengunakan minyak sapi selain mentega, di situlah punca kalori tersembunyi yang orang ramai tidak tahu. Sekeping capati seberat 100 gram mengandungi kalori lebih kurang sama dengan sekeping roti canai 100gram, iaitu 300kcal.

Fakta-fakta ini tidak bermaksud makanan di atas tidak boleh dimakan langsung. Ia sekadar perkongsian bersama akan nilai kalori yang diambil oleh kita. Kebanyakan makanan ini popular di negara ini, malah penulis sendiri amat mengemari makanan kedai mamak.

Selepas ini pastikan anda menghadkan pengambilan makanan-makanan ini ya!

Sumber: hzqahmd / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment