Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 10, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan Pasar Tani Masjid perintis di perkarangan Masjid Bandar Baru Air Itam di sini sebagai inisiatif mengimarahkan masjid dengan aktiviti keusahawanan.

Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata mengikut perancangan pasar tani masjid akan dibuka di setiap negeri.

“Mana-mana masjid yang berminat untuk menganjurkan pasar tani, mereka boleh memohon kepada FAMA di negeri masing-masing untuk berbuat demikian, kita memang mengalu-alukannya,” katanya.

Pasar Tani Masjid ini memberi ruang kepada usahawan untuk menambah pendapatan dan mereka perlu merebut peluang disediakan ini selain mengimarahkan masjid, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pasar Tani Masjid itu  dan Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M) Pulau Pinang.

Beliau berkata PB1M yang berperanan mengedarkan  barangan keperluan terus kepada penguna akan dilancarkan di wilayah Timur dan wilayah Tengah Ogos ini.

“PB1M merupakan mekanisme pengedaran barang kawalan kepada pengguna serta menjadi premis bergerak yang berperanan mempromosi dan memasarkan hasil pertanian dan produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Setakat ini, kita telah ada tiga buah PB1M di seluruh negara iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Johor,” kata Badruddin.

Di Pulau Pinang antara lokasi PB1M adalah di Taman Bertam Indah, Rumah Pangsa Tun Dr Awang, Bagan Ajam serta di Flat Ampang Jajar, Taman Sri Janggus dan Flat Desa Wawasan di Bukit Mertajam.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment