Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

LONDON – Kumpulan popular One Direction berdepan risiko dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat selepas rakaman aksi dua anggota kumpulan itu Zayn dan Louis menghisap ganja didedah oleh MailOnline.

One Direction dijadual mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Jika mereka dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sekalipun, kumpulan itu bakal berdepan pemeriksaan rapi dan mengambil masa yang lama oleh Jabatan Kastam negara berkenaan.

Undang-undang ketat Amerika Syarikat pernah menyaksikan Justin Bieber ditahan berjam-jam oleh Kastam negara itu susulan tangkapannya pada bulan Januari lalu dan pengakuan Bieber sendiri bahawa dia mengambil ganja.
Malah selebrit chef, Nigella Lawson pernah dilarang memasuki Amerika selepas pendedahan dia mengambil dadah di mahkamah.

Video tersebut dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Lima, Peru, pada bulan lepas, sempena siri jelajah dunia.
Rakaman yang didedahkan semalam menunjukkan Louis dan Zayn menghisap ganja manakala Louis pula dirakamkan menyebut `nig’.
Perkataan `nig’ dianggap sebagai perkauman kerana ia merujuk kepada kulit hitam.

Susulan pendedahan itu, orang ramai terutama peminatnya mendesak Louis dan Zayn  meminta maaf kerana mereka merupakan model kepada golongan muda dan perbuatan itu menggalakkan peminatnya mengikut aksi tersebut.

Dalam pada itu, polis di Peru pula menyatakan mereka tidak bercadang mengambil tindakan ke atas kumpulan One Direction .

“Apa yang berlaku kepada kumpulan itu ialah mereka membawa dadah itu dalam kereta. Terdapat banyak tempat untuk membeli dadah ini dan bukan sukar untuk mereka mendapatkannya.

“Peru mempunyai isu lebih besar iaitu masalah pengedaran dadah. Bagaimanapun penggunaan dadah oleh kumpulan itu di negara ini telah memberikan imej tidak baik kepada kami,’’ katanya.

Sumber: Mail Online / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment