BANDARAYA MEXICO – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 menggegarkan selatan Mexico dan ibu negara awal pagi tadi, dua hari selepas gempa serupa menggegarkan negara itu.
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan berikutan gempa bumi itu yang berlaku pada jam 2.36 pagi (0736 GMT). Ia menyebabkan ramai orang keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri.
USGS menyatakan pusat gempa ialah 7 kilometer di Barat Tecpan de Galeana di Guerrero dan pada kedalaman 35 kilometer.
Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan negara itu kelmarin, menyebabkan sebuah jambatan runtuh. Ia berpusat di lokasi 15 kilometer dari Tecpan de Galeana.
Sumber: AFP
0 comments:
Post a Comment