Buat yang sangat mementingkan kebersihan, produk terbaharu daripada Kohler ini pastinya menjadi dambaan anda.
Tandas ciptaan syarikat pembuatan terkenal itu memperkenalkan ciri baharu di mana jamban itu tidak perlu disentuh untuk menggunakan ‘flush’ sebaliknya hanya menggunakan arahan daripada gerakan tangan pengguna.
Kuasa gerakan itu diperhebatkan dengan sistem bateri 4 AA yang mana dijangka boleh bertahan selama setahun.
Kohler mengatakan mereka mendapat inspirasi mereka tandas yang hanya memerlukan gelombang dan isyarat gerakan tangan selepas tahap kesedaran individu mengenai kebersihan tandas semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
0 comments:
Post a Comment