Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment
Yong Heng (tiga,kanan) bersama Haliludin (dua,kanan) dan Shamsulmudin (kanan) melihat rangka motosikal yang berjaya ditemui semasa sidang media di IPD Pasir Mas.
PASIR MAS - Polis berjaya melumpuhkan sindiket curi motosikal yang dikenali sebagai ‘Geng Kerol’ selepas menahan tujuh individu termasuk ketua kumpulannya dalam Ops Lejang Khas yang dilancarkan 15 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, kumpulan tersebut dipercayai aktif melakukan kegiatan itu di negeri ini sejak setahun lalu.

“Kejayaan menahan suspek terlibat membawa kepada penemuan 120 rangka motosikal curi termasuk komponennya.

“Rangka motosikal tersebut telah dibuang di sebatang sungai di Bachok dan turut ditemui di beberapa buah rumah di sekitar Kota Bharu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pasir Mas, Deputi Supritanden Shamsulmudin Sulaiman.

Menurutnya, enam suspek yang ditahan di sekitar Kota Bharu dan Bachok berusia antara 21 hingga 32 tahun manakala salah seorang daripada mereka merupakan ketua kumpulan yang dikenali sebagai ‘Kerol’ berusia 20an, berasal dari Pasir Mas.

"Kebanyakan motosikal ini dicuri di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Kota Bharu mencatat kes kecurian motosikal paling tinggi.

"Geng tersebut dipercayai turut aktif melakukan kegiatan berkenaan di beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Johor," katanya.

Tambahnya, motosikal paling banyak dicuri adalah jenis Honda EX5 dan Kebanyakan motosikal curi dileraikan dan komponennya dijual.

"Kita anggarkan nilai motosikal curi ini mencecah lebih RM300,000. Polis masih memburu saki-baki anggota kumpulan terbabit melalui Ops Kerol. Penangkapan anggota kumpulan tersebut telah berjaya mengurangkan kadar kecurian motosikal di negeri ini.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal, Seksyen 414 Kanun Keseksaan atas kesalahan melupus barangan curi dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memiliki barangan curi.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment