JAKARTA – INDONESIA. Kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia semakin hangat dilakukan terutama di laman sosial.
Pemantau kempen media sosial Awesometrics mendapati, kempen calon presiden Jokowi dan pasangannya, Jusuf Kalla (JK) amat popular di laman Twitter manakala lawannya, Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa amat aktif di Facebook.
Jurucakap Awesometric Yustina Tantri berkata, melalui perbincangan di lamanTwitter, ramai bersetuju pakatan Jokowi dan JK.
“Ketika Jokowi mengumumkan JK sebagai pakatannya, jumlah perbincangan adalah 177,000 sejam berbanding ketika Prabowo melakukan perkara sama di mana hanya 76,000 perbincangan direkodkan,” katanya.
Menurutnya, populariti Prabowo bagaimanapun meningkat di Facebook berbanding Jokowi dengan 5,000 like setiap kali maklumat dikemas kini.
Sumber: Tribunenews
0 comments:
Post a Comment