Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

UMUM mengetahui bahawa penyanyi Hazama kini berpacaran dengan seorang pemuzik, Genervie Kam.

Semalam, menerusi akaun Instagramnya, dia telah memuatkan satu gambar mesra percutiannya di Boston, Amerika Syarikat bersama kekasih hatinya itu.


Bagaimanapun, ia telah mengundang pandangan yang kurang enak oleh segelintir peminat yang menyifatkan ia sebagai kurang manis.

Berang dengan komen-komen itu, Hazama turut membalasnya menerusi kenyataan:

“Kat ig sy ni… Sy tak kisah jika ada org nak letak iklan ke apa ke… Sy sokong org yg buat perkara yg berfaedah… Cume sy tak leh blah bila org nak menyibuk je… Tunjuk baik… Nak tgk gambar sy silakan… Sy tak kisah… :) ig ni memang tempat utk org tgk gambar pun… Tp klu nak cr dosa sy… Minta maaf la… Sy tak berkenan.”

Masih tidak berpuas hati, penyanyi itu kemudiannya memuatnaik gambar kaki bagi menyindir pihak yang menegurnya dengan ayat:

“Haaa mesti tak jadi isu :)”


Namun, ramai yang menasihatkannya supaya menerima dengan hati terbuka teguran para peminat dan tidak cepat melatah.


Hmm…nama pun artis, jiwa kenalah kental bila ditegur. Kalau asyik nak sentap, susahlah…

Oleh: Elza / MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment