Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 19 Mei manakala hari pengundian pada 31 Mei.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat khas mengenai kekosongan kerusi berkenaan, pagi ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Leong Peng menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) pula adalah Datuk Ibrahim Ahmad iaitu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan dan beliau akan dibantu empat pegawai. – BH Online

0 comments:

Post a Comment