Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

TAIPING – Kabinet tidak bercadang untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu.

“Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping, di sini, hari ini.

Najib mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai berkata, jemaah menteri telah memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment