Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

Pemimpin MCA perlu memberikan kata dua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sama ada menolak hudud atau mereka menolak semua jawatan Kabinet, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu berkata prestasi MCA terus menjunam apatah lagi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebelumnya membuktikan perkara itu.

“MCA mendakwa mereka tidak mahu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana mahu memberikan perhatian tentang isu hudud.

“Hari ini PAS berkata mereka akan menangguhkan membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen.

“Apakah tindakan mereka seterusnya? Berterus-teranglah, pemimpin MCA akan menolak sebarang jawatan Kabinet melainkan Najib menarik balik pengumumannya yang membelakangkan Perlembagaan bahawa Putrajaya tidak pernah menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata keputusan parti Cina itu tidak bertanding dalam PRK Bukit Gelugor adalah kerana mahu memberi keutamaan memperkukuh parti, lapor Bernama.

Katanya, keutamaan parti sekarang ialah memberi fokus terhadap pelbagai program transformasinya selepas prestasi MCA yang tidak memuaskan dalam PRU13 tahun lepas.

"Kami perlu bangkit selepas kekalahan itu, malahan kami mempunyai agenda cukup penting untuk fokus kepada krisis perlembagaan yang dicetuskan PAS.

"Kami menghadapi banyak cabaran bagi mempertahan Perlembagaan Persekutuan kita dan berkhidmat untuk rakyat," katanya seperti dilapor Bernama.

Lim berkata pengumuman Najib pada 24 April lalu yang mengumumkan Umno tidak pernah menolak hudud tidak pernah menjadi konsensus BN sejak lebih setengah abad lalu.

Katanya, Liow dan timbalan presidennya, Datuk Wee Ka Siong perlu memberi penjelasan mengapa mereka masih memberi “sokongan” tersirat walaupun polisi itu kini sudah berubah.

“Bolehkah dua pemimpin ini menjelaskan mengapa tidak berani mendesak mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi BN?

Mengapa mereka tidak mempertahankan dasar sekular Perlembagaan Persekutuan meskipun mereka mempunyai undi yang cukup untuk menolak pengumuman Najib itu?

“Adakah kerana Liow dan Wee benar-benar teruja dengan jawatan Kabinet?” katanya yang menyebut Najib memperuntukkan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri untuk pemimpin parti itu. – 11 Mei, 2014.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment