Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

IPOH: Seorang suri rumah maut manakala tiga anak dan sepupunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 1, Jalan Sitiawan-Beruas dekat Sitiawan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata Sharina Ramzan Mohd, 35, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung manakala anak perempuannya Nursyairah Mubarak Ali, 6, serta sepupu yang dikenali sebagai Nazrana, 27, cedera parah dalam kejadian 4.20 petang itu.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu Sharina dari arah Sitiawan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu MPV Cheng Sing Hieng, 22, dan dua lagi anak Sharina iaitu Shafikah, 12, dan Muhammad, 10, masing-masing cedera ringan dan dirawat di hospital sama.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment