Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment
Perancang tengah Celta, Rafinha (kiri) bersaing dengan perancang tengah Real, Sami Khedira awal pagi semalam.

PERJUANGAN Real Madrid bagi memburu kejuaraan La Liga musim ini terus terkubur selepas mereka dimalukan Celta Vigo, 2-0, awal pagi semalam.

Kekalahan itu terus membuka ruang buat dua pesaing Real, Atletico Madrid dan Bercelona yang akan menentang antara satu sama lain bagi mengesahkan kejuaraan, Isnin depan.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti, mengakui pasukannya bermain di luar kemampuan sebenar dalam beberapa perlawanan terakhir sehingga membuatkan peluang mereka terus tertutup musim ini.

“Memang benar kami tidak bermain dengan baik. Selepas kami layak ke final Liga Juara-Juara, persembahan kami terus menurun,” katanya.

Bagaimanapun Ancelotti berkata, ia bukan masa untuk meratapi kegagalan pasukannya kerana mereka mempunyai misi lebih besar menentang Atletico di final Liga Juara-Juara, 25 Mei nanti.

“Kini bukan waktunya untuk melihat kami gagal. Kami perlu memandang ke hadapan, memulihkan tenaga dan melakukan persiapan rapi menjelang final,” katanya.

0 comments:

Post a Comment