Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata janji Perdana Menteri untuk melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai
menteri jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan esok bukan sekadar gimik politik.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu berkata kehadiran Mah dalam barisan Kabinet akan memberikan lebih limpahan manfaat kepada penduduk Teluk Intan.

“Kita tidak tipu (mengenai tawaran ini). Bila Mah masuk Kabinet, lebih senang dia nak bantu masyarakat di sini. Kerajaan negeri dah Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat dah BN, kenapa Teluk Intan tak hendak BN,” katanya ketika berucap pada majlis sarapan pagi bersama 25 badan bukan kerajaan (NGO) kaum India di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang dalam lawatan enam hari ke China semalam, membuat tawaran itu, sambil berkata parti Gerakan merupakan parti pengasas BN dan menjadi amalan untuk presiden parti itu menganggotai Kabinet.

Sementara itu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, dalam sidang media selepas majlis itu, berkata Mah adalah seorang yang berpegang kepada janji serta menyifatkan anak jati Teluk Intan itu sebagai seorang yang berprinsip dan mempunyai pendirian.

“Saya yakin Mah akan dilantik jika dipilih (menjadi wakil rakyat). Ini akan memberi faedah kepada penduduk dan mudah akses kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri untuk bantu dengan pelbagai isu.

“Ini juga memberi ruang dan peluang kepada wakil kaum Cina dalam Jemaah Menteri,” jelasnya.

Beliau berkata malah Mah sebaik memenangi jawatan presiden parti itu pada Oktober tahun lepas berjanji akan menumpukan sepenuh masanya untuk memulihkan parti Gerakan.

Mah, bekas anggota Parlimen Teluk Intan untuk dua penggal sejak Pilihan Raya Umum 1999, dicabar oleh calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK esok.

Pada 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk jawatan yang sama pada 2006.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment