BEBERAPA hari yang lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan insiden serangan terhadap Jay Z oleh adik iparnya yang juga adik kepada Beyonce, Solange.
Wanita itu menerusi rakaman kamera pengawasan telah bertindak menampar, menumbuk dan menendang Jay Z dalam sebuah lif selepas menghadiri sebuah majlis.
Sehingga saat ini, tidak diketahui apa puncanya Solange bertindak demikian.
Bagaimanapun, semalam kedua-duanya dilaporkan telah keluar bersama ke sebuah kedai barangan kemas di New York.
Mereka menghabiskan masa sekitar 20 minit di situ, namun tidak membeli apa-apa.
Khabarnya, Jay Z dan Solange tidak banyak bercakap sepanjang berada di kedai tersebut.
Adakah ini bermakna kedua-duanya sedang cuba untuk memulihkan hubungan kekeluargaan mereka?
Jika benar, mungkin mereka memerlukan lebih masa kerana ia bukan sekadar pergaduhan mulut, sebaliknya sudah sampai ke tahap bertumbuk bertampar…
Sumber: My News Hub
0 comments:
Post a Comment