Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment

PENYANYI, Kaka Azraff mengesahkan dia kini masih lagi bernaung di bawah pengurusan Wirefame Entertainment sekaligus menafikan dakwaan akan turut mengikut langkah pelawak Zizan Razak yang sudah keluar daripada syarikat pengurusan itu bulan lalu.

Kaka berkata dia tidak masuk campur apa yang berlaku antara Zizan dan syarikat itu dan keputusan pelawak itu keluar dari Wirefame juga langsung tidak mempengaruhinya.

“Saya masih lagi di bawah jagaan Wirefame dan saya dengan syarikat pengurusan setakat ini tiada apa-apa masalah. Saya juga puas hati dengan kerja dan pengurusan yang mereka aturkan untuk saya.

“Saya pun bertapak dalam industri ini bersama pengurusan Wirefame dan saya dikenali hingga sekarang kerana mereka.

“Cuma apa yang berlaku antara Zizan dan Wirefame saya tidak masuk campur itu antara mereka sahaja. Malah, keputusannya untuk keluar pun tidak mempengaruhi saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pun begitu, pelatun lagu Bawaku Pergi itu memberitahu hubungannya dengan Zizan masih baik walapun mereka sudah tidak sebumbung.

“Hubungan saya dengan Zizan tiada masalah dan seperti dahulu cuma kini mereka bukan lagi sebumbung,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Kaka kini sedang menjalani latihan untuk pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya yang akan berlangsung bermula 6 hingga 14 Jun depan.

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment