Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment

SOMA – Seorang penasihat kepada Perdana Menteri Turki menendang seorang penunjuk perasaan beberapa kali di sini kelmarin.

Penasihat tersebut, Yusuf Yerkel melakukan perbuatan itu semasa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melawat Soma ekoran tragedi sebuah lombong arang batu meletup menyebabkan 282 orang terbunuh.

Penunjuk perasaan itu dilaporkan menendang sebuah kereta yang menyertai konvoi Erdogan menyebabkan Yusuf melakukan tindakan balas dengan menendangnya beberapa kali.

Namun, tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna di Twitter kerana Yusuf menendang penunjuk perasaan tersebut semasa dia telah ditangkap anggota-anggota polis unit tindakan khas.

Yusuf membuat pengakuan menendang penunjuk perasaan itu kepada stesen penyiaran BBC.

Penunjuk perasaan itu menyertai bantahan tentang kejadian letupan tersebut kerana ciri-ciri keselamatan diabaikan di lombong-lombong arang baru di Turki.

Sejumlah penunjuk perasaan menjerit pembunuh dan pencuri ke arah Erdogan di sini.

Namun, Erdogan mengarahkan satu siasa- tan dilakukan berhubung kejadian itu walaupun ribuan pendunjuk perasaan di seluruh Turki mendesaknya meletakkan jawatan.

Sumber: My News Hub / Agensi

0 comments:

Post a Comment