Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

Susulan rampasan 107 kereta mewah bernilai RM100 juta oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana didapati cuba mengelak membayar cukai dengan taktik menggunakan pendaftaran nombor plat Gagasan 1Malaysia (G1M), ada pihak yang berkaitan tampil menjawab.

Individu itu ialah Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin iaitu pihak yang diberi mandat oleh kerajaan Malaysia menguruskan pengedaran nombor plat berkenaan.

Menurut beliau yang dikenali sebagai Qobin, komplot kenderaan mewah yang menggunakan plat G1M untuk mengelak cukai adalah kesalahan mereka sendiri apabila membelinya dengan plat G1M dan membuat pertukaran di tanah besar Semenanjung melalui Langkawi.

“Sebenarnya pembeli kenderaan tersebut wajid ada rasa tanggungjawab untuk membayar cukai dan menjadi rakyat yang harus membantu kerajaan dan bukan mengambil kesempatan.

“Pihak KE7B tidak ada kena mengena dengan sindiket pendaftaran nombor plat berkenaan,” kata Qobin dalam mesejnya kepada Mynewshub.my

Dalam akhbar Harian Metro hari ini, dilaporan antara kereta mewah yang dirampas ialah Ferrari, Audi, Bentley, Rolls Royce, Porsche dan Lamborghini.

Kereta Lamborghini misalnya, ia dijual di negara ini dengan harga lebih RM3 juta termasuk cukai.

Sindiket berkenaan akan menggunakan taktik mendaftarkan kereta dengan nombor plat G1M di Langkawi menyebabkan harganya hanya RM1.5 juta sebelum ia dijual semula dengan harga jauh lebih murah dari harga asal.

Akhbar itu memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) (Kastam) Datuk Matrang Suhaili yang berkata semua pemilik kereta mewah berkenaan kini sedang disiasat kerana disyaki terbabit dalam penipuan dokumen yang dilakukan sindiket tertentu.

Bagi Qobin, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kastam sudah sedia maklum perkara berkenaan dan beliau bersetuju dengan tindakan mereka merampas kenderaan-kenderaan itu.

“Setiap individu boleh membeli nombor plat kenderaan G1M melalui kami dan membuat pendaftaran cara biasa di setiap kaunter JPJ,” katanya.

Qobin berkata plat G1M diwujudkan bagi membantu projek-projek rakyat Malaysia yang ingin melakar sejarah buat negara di peringkat antarabangsa melalui idea KE7B.

“Antara projek yang-projek yang telah dijalankan adalah ekspedisi Selat Inggeris, Projek Everest Felda, Felda Greenland 2014 dan program-program amal lain,” kata Qobin.

Bagi sindiket, penggunaan nombor plat G1M lebih mudah untuk mengelirukan pihak berkuasa kerana jika mereka menggunakan plat Langkawi bermula dengan KV, kenderaan itu mudah dikenali.

Sumber: Ibnu Khusairy Aris / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment