Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KANGAR – Masih terlalu awal untuk menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan kontraktor berhubung insiden bumbung kanvas Kompleks Renang, Kompleks Sukan Negeri (KSN) Kangar, terkoyak pada Khamis, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk M. Saravanan.

Saravanan berkata pihaknya tidak boleh menuding jari menyalahkan JKR berhubung insiden itu namun berharap tuan rumah dan JKR sendiri lebih berhati-hati memilih kontraktor pada masa akan datang.

“Pada peringkat awal, saya dimaklumkan bahawa bumbung terkoyak akibat hujan dan angin tapi saya tidak boleh menerima alasan itu. Saya mahu JKR kaji dengan lebih mendalam walaupun ia akan mengambil masa.

“JKR kena kaji sama ada ia adalah disebabkan hujan seperti didakwa ataupun disebabkan oleh kualiti kanvas yang digunakan sebagai bumbung itu, kurang berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di kompleks renang, di sini hari ini.

Saravanan yang agak curiga dengan alasan kerosakan itu disebabkan hujan berkata masalah itu juga berkemungkinan disebabkan oleh kualiti akhir pembinaan kompleks yang kurang bagus.

Katanya alasan itu mencurigakan dan beliau hanya boleh menerimanya jika setiap bumbung di venue acara lain mengalami kerosakan serupa.

Pada masa sama, beliau berkata venue acara akuatik renang dan terjun tidak akan ditukar ke tempat lain sehingga kategori akhir acara itu, berlangsung Ahad ini.

“Pertandingan masih diadakan di sini, tidak akan tukar ke tempat lain. Bumbung tidak akan dipasang sehingga pertandingan akhir. Kita ada masa lagi walaupun sehari lambat.

“Kompleks renang biasanya tidak memerlukan bumbungpun tapi disebabkan cuaca, kita bina bumbung. Jadi tidak ada masalah jika perlawanan diadakan secara terbuka,” katanya mengakui agak kecewa dengan kejadian itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata kompleks renang berkenaan dibuka untuk venue acara renang dan terjun sebaik sahaja menerima sijil perakuan ia selamat digunakan oleh JKR.

“Dari segi teknikal, ia sudah dipenuhi dan disahkan oleh Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan JKR. Ia (sijil) dikeluarkan sebelum acara dipertandingkan di sini.

“Kualiti air kolam pun mengikut standard yang ditetapkan ASUM iaitu suhu antara 24 ke 26 darjah Celsius dan selamat dari segi kepekatan alkalinya. Jadi bagi saya, kejadian itu tidak menganggu prestasi kami selaku tuan rumah,” katanya.

Pengarah JKR Perlis Azizan Ab Rahman dalam kenyataannya hari ini berkata pihaknya dan kontraktor serta perunding telah membuat semakan terhadap struktur kompleks renang berkenaan.

Katanya tiang-tiang bumbung berkenaan masih kukuh serta selamat untuk digunakan dan kontraktor pembekal bumbung telah diarahkan untuk mengemukakan laporan ke atas kerosakan yang berlaku.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment