Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

YAN – Kerajaan negeri akan memantau khutbah Jumaat di semua masjid di Kedah berikutan laporan ada beberapa insiden khutbah berbaur fitnah yang berlaku sejak awal tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata berdasarkan laporan terkini tidak lebih 10 masjid di negeri ini terbabit dengan perbuatan itu dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana membawa kesan kepada masyarakat.

“Pada tahun sahaja ada kes ahli jemaah rampas pembesar suara ketika khatib membacakan khutbah kerana tidak puas hati dengan apa yang disampaikan.

“Mereka ada ruang lain untuk melakukan apa sahaja berkaitan hal politik dan sebagainya, tetapi untuk kata kerajaan zalim dalam khutbah bagi saya itu tidak elok,” katanya pada sidang media selapas multaqa ulamak dan umarak di sini.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment