SOMA – TURKI- Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui meninggal dunia bersama, Selasa lalu.
Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32 ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa.
Isteri Suleyman, Murside berkata, suaminya seorang yang mementingkan keluarga juga cinta sejatinya.
“Dia bekerja keras untuk upah yang sedikit dan dalam keadaan sukar. Impian dia adalah untuk bersara awal dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.
“Sekarang dia dah tak ada dan tak akan pernah kembali,” katanya yang dipetik portal berita Daily Mirror.
Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia empat tahun, Ahmet manakala Ismail dan isterinya, Fatima dikurniakan anak kembar, Sude dan Buse yang sudah berusia dua tahun.
Kedua pasangan ini berkahwin pada 2010.
Sumber: Sinar Online
0 comments:
Post a Comment