Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan subsidi bagi pakej perisian cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, daripada peruntukan RM150 juta yang disediakan kerajaan, subsidi RM1,000 akan diberikan kepada setiap PKS bagi mengemas kini sistem perakaunan syarikat mereka.

“Kemungkinan Jun atau Julai ini kerajaan akan melancarkan subsidi tersebut kepada mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan persidangan persediaan GST yang akan dikuatkuasa mulai April tahun depan.

Bagi tujuan menyebarkan maklumat dan pendedahan mengenai GST, kerajaan memperuntukkan RM250 juta, di mana RM100 juta untuk memberi latihan kepada PKS manakala RM150 juta lagi untuk mengemas kini perisian perakaunan mereka.

Ahmad berkata, setakat ini kira-kira RM50 juta telah digunakan dan beliau menggesa PKS lain untuk menggunakan baki geran berkenaan untuk mendapatkan pengetahuan mendalam mengenai cukai yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan itu.

Menurutnya, kerajaan berusaha mencari lebih ramai vendor untuk membekalkan perisian GST berbanding 55 vendor setakat ini. Setiap perisian itu berharga kira-kira RM1,200.

“Kerajaan juga akan mengeluarkan senarai harga barang awal tahun depan. Setakat ini sebanyak 689 harga barang telah ditetapkan dan 255 lagi barangan belum diselaraskan harganya,” katanya.

Ahmad berkata, daripada senarai itu, 10 peratus akan mengalami kenaikan harga seperti makanan yang telah diproses, 48 peratus tidak akan berubah harganya (perkhidmatan hotel dan makanan segera) dan 42 peratus akan mengalami penurunan harga (pakaian dan perabot).

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment