Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment
Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan perbicaraan saman aktivis Datin Paduka Marina Mahathir (gambar) terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan ahli jawatankuasa pertubuhan itu diteruskan.

Peguam mewakili Marina, Rosli Dahlan memberitahu The Malaysian Insider, mereka mengemukakan rayuan selepas hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop menolak permohonan supaya Isma memberikan keterangan walaupun Marina menjadi plaintif.

"Permohonan kami berasaskan undang-undang iaitu – jika kamu dakwa saya, sebagai contoh menggelarkan saya pelacur, kamu perlu jelaskan kenapa kamu panggil saya sebegitu – sebab itu kita mahu Isma sebagai defendan memberikan keterangan," katanya.

Rosli berkata, pihaknya juga memfailkan rayuan terhadap keputusan Rosilah ke Mahkamah Rayuan dan pengurusan kes sudah ditetapkan pada 24 Jun.

Marina semasa memfailkan saman pada Januari lalu, menamakan 13 ahli jawatankuasa (AJK) dan tiga pemimpin tertinggi Isma kerana memfitnahnya terlibat dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango).

Marina dalam samannya berkata, Isma menerbitkan risalah palsu dengan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya melalui artikel dan risalah.

Bagaimanapun, plaintif mahu Isma memberikan keterangan terlebih dahulu yang sepatutnya didengar hari ini, namun ditolak Rosilah.

Marina kemudiannya merujuk ke Mahkamah Rayuan pagi ini untuk mendapatkan kebenaran meneruskan pendengaran terhadap keputusan Rosilah.

Beliau dalam tuntutannya mendakwa, Isma mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan di Sarawak, Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 November tahun lepas.

Bekas pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu juga mendakwa Isma pada tarikh sama, menerbitkan artikel lain bertajuk "Isma edar 70,000 risalah dedah dalang Comango" dalam laman web dan Facebook Isma.

Sementara itu, laporan daripada peguam mewakili Isma, Azad Bashir berkata Mahkamah Tinggi memerintahkan Marina memulakan prosiding perbicaraan kerana segala bukti kes ada pada beliau.

Perbicaraan pada awalnya ditetapkan di Mahkamah Tinggi pada hari ini dan esok.

Rosli dan Azad pada tengah hari tadi bertemu Rosilah dalam kamar hakim untuk memaklumkan Mahkamah Rayuan membenarkan prosiding kes ditangguhkan.

Mahkamah Tinggi kemudiannya menetapkan 3 Julai ini bagi pengurusan kes.

Rosli ketika ditemui pemberita berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat selepas mendapat persetujuan tiga panel mengenai persoalan sama ada keterangan Isma perlu didengari semasa awal perbicaraan.

Katanya, ini bukan sesuatu yang baru dan mengikut Akta Bukti apabila pihak yang membuat fitnah itu perlu mengemukakan bukti dakwaannya. – 15 Mei, 2014.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment