Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Seorang konstabel polis dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam atas tuduhan mengugut untuk mencederakan seorang guru di sebuah kedai serbaneka, Jalan Pasir Puteh-Melor, di sini, dua tahun lalu.

Anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang itu didakwa menakutkan secara jenayah dengan hendak mendatangkan cedera kepada Zulkifli Yusoff, 42, pada jam 1.50 pagi, 20 Disember.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh, Muhamad Helmi Ab Halim, 27, dari Kampung Alor Bakat, Melor, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Dalam prosiding sama, tertuduh juga berdepan tuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan tanpa kebenaran sah di tepi sebuah sekolah di Tegayong, Melor, di sini, pada jam 5.10 pagi, 22 Disember tahun sama.

Bagi tuduhan itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960. Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun, atau dikenakan denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan berkenaan.

Kes akan disebut semula 5 Jun depan.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment