Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Padah buat seorang anggota tentera apabila dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam, akibat merompak seorang pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membabitkan wang tunai lebih RM29,000, Ogos, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas, tertuduh, Mohamad Adnan Mohamed, 27, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Mohd Helmi Kamarudin, 28, dengan mengambil sebuah beg sandang berisi wang RM29,878 di hadapan tangki air di Pekan Jelawat, Bachok, pada jam, 12 tengah hari, 27 Ogos 2013.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke pejabat AIM di Jelawat dengan menunggang motosikal dihimpit sebuah kereta jenis Proton Saga hingga mangsa terbabas dan jatuh ke dalam longkang.

Seorang lelaki kemudian keluar dari kereta tersebut dan mengambil beg milik mangsa berisi wang tunai berjumlah RM29,878 sebelum masuk semula ke dalam kereta dan melarikan diri, namun, kereta dinaiki mengalami masalah dan terbabas ke dalam sawah berhampiran.

Kumpulan penjenayah itu termasuk tertuduh melarikan diri ke dalam semak di belakang sebuah sekolah dan berjaya ditahan hasil maklumat awam.

Terdahulu, peguam Aminuddin Muhammad yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan mengambil kira tertuduh sudah insaf, bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan wang yang dirompak itu adalah milik AIM.

Hukuman diperintahkan berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditahan pada 27 Ogos 2013.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment