Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

SEREMBAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan merampas 15,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM30,000 dalam serbuan di sebuah stor berhampiran Taman Angsamas, dekat sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Negeri Sembilan Saiful Abdul Kadir berkata dalam serbuan 3.30 petang itu pihaknya turut menyita dua tangki statik, sebuah lori tangki, sebuah lori kanvas satu tan dan enam pam minyak dengan nilai keseluruhan RM105,000.

“Ini kesalahan kedua dilakukan di tempat sama, iaitu tahun lepas kami telah mengambil tindakan ke atas premis ini. Mereka tidak serik mengulangi kegiatan ini kerana permintaan terhadap diesel bersubsidi tinggi,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini.

Katanya ketika serbuan terdapat tiga individu yang dipercayai pekerja di premis itu namun kesemua mereka melarikan diri ke dalam semak di kawasan berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Menurut Saiful, pihaknya percaya penjenayah terbabit mengambil diesel dari stesen minyak sekitar Seremban dan disimpan di stor itu sebelum diedar kepada pihak ketiga.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment