Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Hampir 160,000 penumpang dalam lebih 900 penerbangan telah menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam tempoh 48 jam dan cuti hari Wesak semalam, menurut Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pengendali lapangan terbang itu berkata ia merupakan petunjuk yang baik bagi prestasi trafik oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di klia2.

“Ini juga selaras dengan jangkaan Malaysia Airport untuk mencapai 24 juta penumpang dalam tempoh 12 bulan pertama beroperasi di klia2,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MAHB berkata rekod Prestasi Tepat Masa (OTP) menunjukkan 88 peratus ketibaan bagasi telah dihantar kepada penumpang dalam tempoh 15 minit masa sebenar ketibaan dan dalam semua kes bagasi dapat dihantar di bawah tempoh 45 minit ketibaan.

“Penyambungan jambatan udara juga tepat pada masanya dengan 98 peratus jambatan udara disambung dalam tempoh dua minit pesawat parkir di pintu.

“Peruntukan ruang dan pintu juga telah bertambah baik kepada hanya pertukaran sembilan ruang semalam dan tiada pertukaran ruang sehingga tengah hari ini,” kata pengendali lapangan terbang itu.

Kenyataan itu juga menyebut tawaran komersil di terminal klia2 juga bertambah baik dengan 105 ruang niaga dibuka untuk orang ramai.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment