Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengurusan Malaysia Airlines (MAS) berkata kajian menyeluruh berhubung pelan perniagaan syarikat penerbangan itu sedang dijalankan dengan meneroka segala jalan yang ada untuk memastikan kelestarian jangka panjang syarikat.

“Seperti lazimnya, pelan itu akan dikongsi dengan para pemegang kepentingan yang berkaitan pada masa yang sesuai apabila memperoleh kelulusan dan persetujuan yang perlu,” kata MAS dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lebih dua bulan selepas insiden kehilangan pesawat MH370, syarikat penerbangan itu terus berusaha keras untuk kembali pulih dan melalui masa depan yang mapan walaupun di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

“Mendapatkan kembali pelanggan dan tumpuan kepada perbelanjaan akan menjadi sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat penerbangan dan kedua-dua usaha ini penting untuk merancakkan pemulihan,” kata MAS.

Kenyataan itu menyebut keselamatan terus menjadi aspek penting dalam penyampaian perkhidmatan Malaysia Airlines.

“Dan syarikat penerbangan itu memastikan bahawa penyelengaraan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya tanggungjawab dan keperluan kawal selia,” menurut kenyataan.

Syarikat itu menarik perhatian bahawa sejak pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada 8 Mac lepas, Malaysia Airlines memberi tumpuan untuk membantu dan menjaga keperluan orang tersayang dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dalam penerbangan ke Beijing, China sebelum hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian.

Pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat malang itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari pesawat diteruskan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment