Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment
Anggota tentera meninjau landasan kereta api di Sungai Golok selepas dibom awal pagi kelmarin.
NARATHIWAT - THAILAND . Dua landasan kereta api di sebuah jambatan di sempadan Sungai Golok, selatan Thailand dibom awal pagi semalam.

Ketua Stesen Sungai Golok Alawi Uma berkata, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan kereta api ke bandar di sempadan Sungai Golok tergendala untuk tiga hari bagi kerja-kerja pembaikan.

“Bom itu meletup di sebuah jambatan kereta api di kampung Ban Bukeh daerah Cho Airong dan satu lagi di kampung Ban Huru Pareh di Tanyongmas daerah Rangae kira-kira jam 4 pagi. Sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, semua kereta api dari kedua-dua hala di Sungai Golok dihentikan. Perkhidmatan ini menjejaskan 1,500 penumpang,” katanya.

Polis tempatan melaporkan, bahan letupan itu disumbat dalam tong gas dan diletupkan dengan menggunakan isyarat kawalan jauh radio.

“Buat masa ini perkhidmatan kereta api hanya beroperasi hingga ke stesen Tanyongmas sahaja,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri sementara Thailand Niwatthamrong Boonsongphaisan akan bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya.

Niwatthamrong  berkata, tarikh terdahulu 20 Julai tidak boleh dimuktamadkan selepas penyingkiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

“Keputusan tarikh terbaharu ini juga perlu mendapat persetujuan raja,” katanya dipetik dari laporan Bangkok News.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment