Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

NEW YORK – Lelaki paling tua di dunia yang masih hidup ialah Alexander Imich yang berusia 111 tahun, menurut Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Torrance, California kelmarin.

Imich dilahirkan di Poland pada 4 Februari 1903 dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1950-an.

Dia berumur 111 tahun pada 4 Februari lalu dan kini tinggal di sebuah apartmen di Upper West Side Manhattan, New York.

Namun, dia gagal mengatasi manusia paling tua yang masih hidup di dunia iaitu, Misao Okawa yang merupakan seorang wanita dari Jepun yang berusia 116 tahun.

Dia tidak pernah minum arak, kerap makan ayam, ikan dan coklat.

Imich juga mengekalkan gaya hidup sihat semasa muda apabila dia melakukan aktiviti berenang dan gimnastik.

Dia pernah menjadi penyunting untuk buku Incredible Tales of the Paranorma pada tahun 1995 ketika berumur 92 tahun.

Menurutnya, dia pernah menjadi profesor kimia di Poland sebelum berhijrah ke AS pada tahun 1951 bersama isterinya, Wela.

Mereka kemudian tinggal di Waterbury, Connecticut.

Selepas isterinya meninggal dunia pada tahun 1986, dia berpindah ke New York.

Namun, pasangan itu tidak mempunyai anak.

Menurutnya, ketiadaan anak mungkin menyebabkan umurnya panjang.

Sumber: Agensi / My News Hub

0 comments:

Post a Comment